Perlukan Repair Segera? Hubungi Hotline Kami: +60 11-2535 2964

Waktu Urusniaga : Isnin hingga Sabtu (9:00am - 6:30pm)

Jawatan Human Resource (HR) Cum Administration

Iklan Jawatan Human Resource (HR) Cum Administration

  • Gaji Basic: RM1,800-RM4,000
  • Jumlah Kekosongan: 1
  • Manfaat Tambahan: EPF, SOSCO, Komisen Bulanan, Elaun Kedatangan, Cuti Tahunan, & Bonus (Semua adalah tertakluk terma)
  • Jadual Kerja: Isnin hingga Sabtu
  • Lokasi: Yhill Resources, Kajang Utama

Adakah anda seorang yang teratur, berminat dalam pengurusan sumber manusia dan pentadbiran, serta ingin berkembang dalam persekitaran kerja yang dinamik? Inilah peluang untuk anda! Kami di Yhill Resources sedang mencari satu (1) individu yang proaktif, berdisiplin, dan bersemangat untuk menyertai pasukan kami sebagai Human Resources (HR) Cum Admin. Jika anda ingin membina kerjaya dalam bidang pengurusan tenaga kerja, pematuhan dasar syarikat, serta memastikan kelancaran operasi pejabat, kami mahu anda segera! Sertai kami dan nikmati pengalaman bekerja dalam pasukan yang mesra, peluang latihan, dan perkembangan kerjaya yang menarik!

Tanggungjawab:

  • Menyokong proses pengambilan pekerja termasuk penyaringan resume dan temuduga awal
  • Mengurus dokumentasi pekerja dan fail HR
  • Membantu dalam penyediaan jadual latihan dan pembangunan pekerja
  • Mengendalikan rekod kehadiran dan pengurusan cuti staf
  • Membantu dalam penyelarasan program kebajikan pekerja
  • Membantu dalam pengurusan dokumen dan rekod syarikat
  • Menyokong tugas-tugas pentadbiran harian seperti penyusunan jadual dan pengendalian surat-menyurat
  • Mengurus panggilan telefon dan berkomunikasi dengan pelanggan serta pihak berkepentingan
  • Membantu dalam penyelarasan mesyuarat dan penyediaan laporan
  • Menyokong tugas-tugas lain yang berkaitan dengan operasi pejabat

Kelayakan:

  • Mempunyai kelayakan pengajian dalam bidang Sumber Manusia, Pentadbiran Perniagaan, Psikologi, Pengurusan atau bidang berkaitan
  • Berminat dalam bidang pengurusan pekerja dan pembangunan organisasi
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan sikap profesional
  • Mahir dalam penggunaan Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint)
  • Mampu bekerja dalam pasukan serta berdikari

Keperluan Lain:

Mampu berulang-alik atau merancang untuk berpindah di kawasan Kajang sebelum memulakan kerja (pilihan)

Go To Top